Blog kini semakin mendapat perhatian masyarakat terutama bagi mendapatkan berita-berita terkini politik semasa mahupun bagi mendapatkan maklumat tentang produk terkini. Di sinilah kekuatan media alaf baru iaitu blog. Bagi yang menjalankan perniagaan samada secara online mahupun offline, blog boleh digunakan untuk menambahkan kenalan anda atau menambah prospek kepada produk anda.
Saya ada mendapat email pertanyaan dari beberapa orang peniaga yang menanyakan apakah kandungan yang perlu diletakkan sekiranya mereka menjalankan perniagaan. Apakah perkara lain yang boleh diletakkan di dalam blog.?
Berikut saya sertakan beberapa catatan ringkas yang boleh diletakkan di dalam blog perniagaan anda.
#1. Profil Syarikat – Sekiranya anda menjalankan perniagaan tidak kira secara online ataupun offline, letakkan profil syarikat anda. Apakah produk yang anda jual atau perkhidmatan yang anda jalankan. Siapakah pengarah operasi syarikat, pengurus, ketua pegawai eksekutif, salesman,juruteknik dan lain-lain. Tidak kira sebesar mana perniagaan anda samada besar atau kecil peranan ini sangat penting walaupun anda cuma ada 1 pekerja selain diri anda sendiri.
#2. Perkembangan syarikat – Pembaharuan atau pembelian bangunan yang telah dibeli contohnya boleh diletakkan di dalam blog. Anda boleh juga meletakkan gambar menerangkan perkembangan perniagaan anda. Prospek yang berkunjung ke blog anda dapat melihat syarikat anda sedang berkembang pesat.
#3. Perkembangan projek – Bagi projek-projek yang tidak sulit, anda boleh terangkan serba sedikit perkembangan projek yang anda jalankan. Terangkan bagaimana anda menguruskan dan hasil projek yang anda jalankan.
#4. Testimoni – Testimoni amat penting bagi meningkatkan kepercayaan orang ramai. Di dalam kes ini orang ramai yang dimaksudkan adalah pelawat laman blog anda. Anda boleh dapatkan testimoni bagi pengguna produk anda samada dalam bentuk hard-copy seperti surat atau fax dan boleh juga di dalam bentuk soft-copy seperti email, facebook dan sebagainya. Sekiranya anda ada testimoni di dalam bentuk digital, anda boleh sertakan screenshot dan buatkan dalam bentuk thumbnail. Sekiranya pengunjung ingin membaca lanjut, mereka boleh klik pada imej tersebut.
#5. Ruangan Contact – Contact amat penting tidak kira samada blog syarikat mahupun blog peribadi. Dengan menggunakan plugin yang terdapat di dalam WordPress, anda boleh menyediakan ‘contact form’ yang mudah dan cepat. Pengunjung boleh mengisi contact form di blog dan ianya akan menghantar email kepada anda sekiranya terdapat pertanyaan yang dibuat oleh pengunjung. Di ruangan contact ini juga anda boleh letakkan nama syarikat, alamat beroperasi, nombor telefon, fax, email dan lain-lain lagi.
Pemilihan tema atau themes juga perlulah tepat iaitu kemas dan profesional. Blog profesional mampu memberi keyakinan kepada prospek ataupun pengunjung untuk mendapatkan servis atau produk anda kelak. Gunakan bahasa yang baik dan elakkan menggunakan perkataan singkatan. Sekiranya amat perlu juga menggunakan perkataan singkatan, pastikan perkataan tersebut mudah difahami oleh pengunjung. Bahasa yang anda gunakan menerangkan anda serius di dalam perniagaan.
Sekiranya tuan/puan ada pertanyaan atau komen mengenai artikel ini, diharapkan dapatlah mengisi ruangan komen atau melalui ‘contact form’ yang telah saya sediakan di blo ini.

Advertisement
EmoticonEmoticon