Google Friend Connect merupakan salah satu tools yang boleh digunakan pada blog WordPress. Ada banyak juga tools yang boleh diletakkan di blog WordPress antaranya MyblogLog, Feedjit, Feedburner, LinkWithin dan pelbagai lagi. InsyaAllah kalau berkesempatan saya akan ulas dan letakkan di sini secara ringkas.

Untuk memasang Google Friend Connect secara asasnya perlulah ada akaun google terlebih dahulu bagi memudahkan kita mendaftar. Pada hemat saya akaun google dan yahoo memang wajib ada tidak kira samada kita usahawan internet atau blogger atau sesiapa sahaja sebab kebanyakan website utama menggunakan akaun ini untuk kita berurusan dengan anak syarikat mereka seperti flickr, MyBloglog, Feedburner dan pelbagai lagi.
Baiklah berbalik kepada Google Friend Connect, setelah kita ada akaun Google, ikuti beberapa langkah mudah berikut :-
1. Isikan butiran URL (alamat website atau blog) dan nama website kita
2. Choose the gadget’s size – Bermaksud kita tetapkan saiz widget yang akan kita letakkan di blog nanti. Bagi blog WordPress yang ada cuma 1 sidebar mungkin tidak ada masalah sangat kerana saiz mungkin besar. Bagi blog WordPress yang ada 2 column blog, kita perlu agak-agak berapa besar saiz yang boleh kita muatkan supaya tidak nampak tertindih dengan widget yang lain. Saya cadangkan Width: 100 Rows of faces: 6
Nota: Kita boleh tukarkan kemudian apabila perlu nanti
3. Choose colors – merupakan pilihan warna yang kita mahukan pada widget kita nanti. Biasanya saya akan memilih yang default sahaja kecuali saya memang mahu warna widget sesuai betul dengan themes yang saya gunakan. Sebab itu juga saya memilih themes berwarna cerah atau lebih tepat putih kerana ianya amat sesuai dengan kebanyakan widget yang ada.
4. Create the HTML code – Setelah kita memilih warna, saiz dan sebagainya kita perlu klik generate untuk mendapatkan kod. Kod ini kita letakkan di dalam blog .com WordPress kita nanti. Pada menu WordPress, pergi ke menu “Appearance” dan pilih menu “widget”. Pilih widget jenis “text” dan drag ke sidebar yang kita mahu. Akhirnya kita “paste” kod yang telah generate tadi ke dalam “Widget” dan tekan “Save”.

5. Refresh atau reload blog supaya dapat melihat hasilnya.
Selamat mencuba !

Advertisement
EmoticonEmoticon